Monday, September 7, 2009

Saturday, July 25, 2009

Lagi lagi nostalgia.....


Foto ni diambil pada tahun 1973 sewaktu kami masih di Form 1. Waktu ni SMSPs masih dalam pembinaan. Kami belajar menumpang di Sekolah Derma dan hostel kami menumpang di Sekolah Men Vokasional (sekarang Sek Men Teknik). Kalau tak silap ada 3 bilik di asrama iaitu bilik BA1, BA2 dan BA3. Warden asrama Cikgu Mohd Tahir dan Cikgu Baharuddin. Kami sekolah sessi petang. Lepas lunch kami naik bas sekolah (bas ada hidung) untuk ke kelas. Foto ni diambil pada waktu pagi sebelum bersiap ke sekolah. Budak budak ni rasa rasanya budak budak bilik BA3.